Sunday, April 14, 2013

Nak Tinggi . Nak Tinggi !

Assalamualaikum.

Sebenarnya, dah lama sangat aku nak share pasal benda ni kat korang. asyik2 lupaa. Okey, now aku dah ingat baik aku terus je share. Aku tak tau dah nak buat apa dengan ketinggian aku ni. Since standard 6 tinggi aku maintain seyh. Tak pernah berganjak. Sadis tak? Macam macam senaman dah aku buat. Heee. tahu kenapa tinggi aku tak naik naik ? Sebabnya aku selalu bersenam tak berterusan. Selalu skip. Padan muka aku : P

Setiap hari aku google tentang senaman untuk tinggi. Selalu jugak minta nasihat dekat member yang tinggi tinggi nih. Diorang suruh aku gayut. Adeeh. Dekat mana pulak aku nak bergayut? Susah ahhh nak cari tempat gayut. Dua hari lepas, aku ada google satu blog ni. Fiqras.Blogspot.Com. Dia share senaman untuk tinggi. Waahhhh. Gerun gilaa aku tengok senaman diaa. Tapi dia kata kita boleh je pilih senaman mana yang kita sesuai. Kalau rasa susah, better tak payah buat lah kot. benda alah ni makan masa kot. kita akan nampak hasilnya, dalam 2-3 bulan, lama kan? so jom kita buat sama sama ok? kalau tak menjadi tanggung sama sama! haha yang penting kita dah usaha kan?

Senaman - lakukan weight training sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan senaman hendaklah fokus kepada belakang (tulang belakang/spine). - nak jadi tinggi tak boleh malas excercise ok?


 senaman ni macam kita berenang lah. cuma ni berenang dekat darat.
Senaman ni perlu dilakukan perlahan-lahan dan mulakan menahan selama 4 saat sehingga 20 saat.






Stretching
Senaman ni perlu dilakukan perlahan-lahan dan mulakan menahan selama 4 saat sehingga 20 saat.



senaman ni, korang buat lepas bangun tidur.
bukak je mata terus je buat maca ni, nampak macam orang tak betol, tapi ni lah cara paling bagus untuk tinggi sebenarnya.


ni untuk tinggi, and kalau nak kempis kan perut pon boleh jugak, sebab lepas je buat senaman ni memang perot akan rasa kejang.



meregangkan otot paha belakang



merangsang tulang belakang.





ni yang paling aku selalu dengar lah, nak tinggi kena selalu senggayut. tapi dia punya sakit masa senggayut tu, memang payah nak tinggi ni. Mental kene kuat! aku pon tak paham macam mana perempuan dalam gambar ni boleh senyum je sambil bergayut ni, padahal aku senggayut..  muka, mak aih. stress giler kot, siap jerit jerit lagi. overkann?





wahh! yang ni aku belum try lagi. kang kalau try buat mau seminggu tak boleh jalan kang, kaki terseliuh terus! keh keh keh

#haaa. kau tengok tu! patah tulang aku ni nanti. Seraaam ramm ramm maaakk tengok derr !

 Cukup Gizi.

pemakan kita pon penting jugak, kalau buat senaman bagai nak rak, tapi tak jaga makan, tak guna jugak kan? so pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.


Tidur.

Tidur dengan secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam




bila kita nak bersungguh sungguh buat senaman ni, secara tak langsung badan kita pon akan jadi sihat, sebabnya :
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.


p/s :  Setiap senaman yang  dibuat perlulah konsisten dan kalau masih baru lagi, mulakan secara sederhana supaya urat badan tidak terkejut. ok selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates