Monday, August 5, 2013

Dim Dam Dum ;)

2:35 PM 0 Comments

Assalamualaikum. Menyanyi jom ?  ~ Inilah masanya , Menyambut kepulangan, Hari yang penuh gembira, Mesranya dakapan dalam suasana ini, Bagai bunga api, Yang berwarna warni, Bagai bunga api , Yang berseri-seri ~

Hehe, intro je dah suruh nyanyi. Sekali sekala ye dakk ? *tumbuk* Sekarang ni semua dalam mood raya kan? oh bagiku tidak sama sekali. Homework. Kau spoil kan mood raya aku. Cesss. Ingatkan nak habiskan semua homework before raya tapi ...... entahlah. Tengok lah macam mana. Ngehngeh :3

So, mesti korang dah buat persiapan raya kan? Aku? 70% sudah. Alhamdulillah. Aku dah plan awal2 nak conteng tangan aku dengan inai. Macam ni --->


Tapi tapi tapi, tak kesampaian, sebok je memanjang. Sedihhh T____T K takdee rezeki . Ehemm. Actually aku nak story morry ni. Semalam bangun pagi around 8 pagi. Kira awal lah tuu >.<  As usual. Aku dah bangun aku akan baring baring dulu. Lepastu mata kejap kelip kejap tutup kejap kelip kejap tutup. Berperang dengan nafsu tidur katanya. Kekeke. Then, ibu ketuk pintu.

Ibu : Kakak, bangun !

Aku : Diam.

Ibu : Dah2 bangun cepat. Ibu nak pergi beli kasut ni.

Aku : (Keluar bilik cepat cepat) Ibu, tunggu sat akak nak mandi.

Ibu : Hamboi anak dara sorang ni, suruh bangun tak berjawab. Ajak shopping terus nak bersiap.

Aku : Tengok lah ibunya siapa. Muehehe

Ibu : Haha, dah2. Tolong ibu iron langsir tu kejap.

Aku : (Cesss ibu perangkap aku, nasib baiklah itu ibu sayang aku XD) Hmm, mana langsir tuu?

Ibu : Tu hahh. (tunjuk langsir yg tinggi mengunung)

Aku: Whattttt ? Akak kena gosok semua ni ?

Ibu : Yelaa, nak suruh sape lagi. Akak kan expert iron iron ni :3

Aku : Nasib baiklah akak sayang ibu. Baiklah ibuku sayang. Demi mu, apa saja sanggup daku lakukan. ( amek ironboard and mulalah mengiron )

Dalam sebok sebok meng'iron' langsir yang setinggi gunung everest tuu, adik aku turun. Dengan muka dia yang tak sememeh tuu aku panggil dia. 

Aku : Anis (nickname adik aku) , meyh toong akak sat.

Anis : Diam.

Aku : Nanti akak teman beli epop bulan ni punya.

Anis : ( laju datang kat aku ) Hah, nak tolong apa ?

Aku : (See, adik beradik sama jee. mesti nak reward XD) Tolong akak pasang cangkuk langsir ni eh ?

Anis : Boleh je. Bila nak beli epop?

Aku : Haha. Mengong punya budak. Siapkan langsir ni dulu, baru kita pergi beli.

Anis : Okeyy bos !

Hahaha. Senang kerja aku. Dah siap siap iron, gantung langsir tuu semua aku relax2 depan tv. Tiba2 ibu panggil aku.

Ibu : Kakak, tolong ibu sidai baju ni kejap.

Aku : ( Ya Allah, baru je nak rehat. Haish. Takpee lah demi ibu tercinta :D ) Okay ibuu.

Aku kalau sidai baju wajib dengar lagu. Sebab bosan. Nak berborak takde kawan. So, dengar lah laguu. Tengah dengar lagu tetiba ada suara sumbang. Pergh, kalau pelan je bunyi tu takpee. Aku dah kuatkan volume pun still dengar lagi. Aku stop kan mp3 aku lepastu cari mana datang suara tuu. Hok aloh, jiran sebelah aku buat freeshow. 

Aku : Bang, lagu apa tuu ?

Jiran : Eh kau, bukan nak bagi salam. Terperanjat abang.

Aku : ( Tumbuk kang, dia buat bising takde aku nak cakap pape pun ) Assalamualaikum abang. Boleh tanya tak abang tengah nyanyi lagu apa tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ? 

Jiran : ( ketawa besar ) Kehmain lagi dia punya tuuuuuuuuuuuuuuuu. Kah kah kah .

Aku : Eh, owg tanya baik baik diaa perli perli kita. Belahhh ahh. Jap, nak cakap ni, slow kan volume tuuu sikit. Memekak laa. Ingat tau !

Jiran : Alololo, comel jugak jiran aku ni XD (cess nak amek hati lewtuu. tak heran pun okay!) Jap2, slow kan volume mcam ni eh ? (makin kuat volume)

Aku : Hmm, suka hati muu lah. Maleh den nak layan :P

Jiran : Eh atul. Jom ahh nyanyi sesama. Nak raya ni jom fefeeeling raya. (lagu Suasana Hari Raya berkumandang dengan volume yang kuat)

Jiran : ~ Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa, Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa, Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira ...... ~ eh sambung lah atul.

Aku : (Dengan muka tak malu aku sambung) ~ Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi, Tutur dan kata yang sopan saling memaafi, Suasana hari raya walau di mana pun jua, Memberikan ketenangan mententeramkan jiwa  ... ~

Tengah sedap2 nyanyi tetiba ramai yang ikut kitorang nyanyi. kahkahkah. Baru aku perasan. Hampir semua jiran yang berdekatan dengan rumah aku tengah buat persiapan raya. Yang abang jiran sebelah rumah aku tu pulak buka lagu sampai speaker nak pecah. Macam owg lain tak boleh dengar pulak kan. Lepastu mula lah adegan nyanyi bersambung2 di antara jiran jiran aku. Lepas satu,satu lagu raya lain di buka. Bhahaha. Seriously best gilaaa eh. Kitorang straight stop bila azan Zohor berkumandang. Dan jiran2 aku semua masuk balik rumah untuk menunaikan kewajiban masing2. Aku? Lama dah masuk umah. Malas nak join. Aku tukang gelak gelak kan orang jee XD

Ohh myy. Seriously I'll miss this neighbourhood (maap kalau salah eja XD) Diorang semua ramah tamah. Kitorang kalau ada even pape mesti gathering and goton royong. Buat sama sama. Tsk tsk. Sedih aku nak tinggal kan taman yang terlalu banyak cerita, pengalaman and macam macam lah. Mana tak nye, dari aku belum lahir sampai lah sekarang ni aku duduk kat taman tuuuuu. See, berapa lama tu ? Aku tak sampai hati nak pindah. Tapi tapi tapi, dalam masa yang sama aku tak sabar sabar pulak nak pindah. Hehe XD

So, end of the story, aku nak minta maaf kat semua orang. Tak kiralah penah jumpa ke, tak penah jumpa ke, selalu jumpa ke, jarang jarang jumpa ke kan? Aku minta maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Maafkan aku yeee ? Halal kan kata kata aku yang pernah menggores perasaan korang ke. Tau . 

Lastly, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Raya nanti jangan main banyak mercun, bunga api tauu . Nanti tak pepasal raya dalam hospital. Remember that. Jangan makan banyak2 nanti gemok. padan muka :P Okayy, see yaa. Insyaallah kalau ada masa aku post tentang raya aku. Tata ~











Best Song Ever o.O

11:33 AM 0 Comments

Assalamualaikum. Holaaa. Long time no post. Ngehngeh. Nak raya kannn ? Busy ? Nahh, busy apenyeeee. Kemas rumah ? Maybee. Heeeeeeeeee, dah tengok  lagu Best Song Ever - OneDirection. Kalau belum silaa lah. Tak sangka BAP ada dalam mv tu. ooooooohhhh myyyy XD


Famous nyeww BAP oppa  kan, sampai masuk dalam mv OneDirection. Bangga makk ! Okeyy cakap2 pasal BAP, Sudah tengok teaser BADMAN ? Tak sabar deyhh nak tengok diorang comeback. Ceyt, ini semua virus adik aku sampai aku gilaa bila tengok diorang. Muehehehe.


(Amaran, sesiapa yg ada penyakit kronik seperti sakit jantung, sakit hati, jantung berlobang, kencing tak lawas, sakit mata, anak tekak gatal, mata juling, belum mandi pun dilarang sama sekali tengok video ni sebab ada unsur2 yg boleh membawa anda ke hospital. Kerjasama anda amat  diutamakan)

Don't know what to say anymore, mindless. See yaa !

Tuesday, July 2, 2013

I AM SORRY : '(

6:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum . Sila hayati lirik lagu ni sekejap. Thank you :)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
Used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Our tear ducts can rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again


Okayy, can you guess lagu apa ni? Hmm. It title Just Give Me a Reason by Pink and Nate Ruess. I dedicate this song to someone that used to be my special once. I love him sooooooooooooo much. I never thought that we will end these way. And I am soooooooooooooooooo sad, hurt and lonely. I always waiting for his text or call. I miss his voice. His voice is just toooooooo handsome to me.

Menyesal, kesal dan sangat kecewa. Aku terlalu ikut kata hati masa tu. Dia baik. Dia tak pernah buat aku kecewa. Dia terlalu baik. Disebabkan kata-kata dia, aku .. aku tak tau kenapa aku emo sangat masa tuu. I love him and he said forget him ? I never thought that he would said such word. Tapi bila kenangkan aku banyak buat dia tertipu, teluka, sedih, aku .. aku sedih. Aku faham perasaan dia. Kata-kata maaf tak cukup bagi dia. Dosa aku terlalu banyak dan maaf tak cukup. Sangat tak cukup. Aku tahu :') And time tu aku hanya terfikir .. dia dah suka kat orang lain ke ? Yelah. orang ramai minat dia. Tu je yang aku fikir. Aku tak nak dia sedih lagi. 

Aku buat dia nangis? Hebatnya kau Izzatul Fatini ! Aku tak sangka. Dengan kata-kata boleh menggores perasaan dia. I'm sorry. Wahai awak. Maafkan saya guna kata-kata yang agak kesat. I know you hurt soooooooo much. Saya tak sanggup. Awak dah banyak berkorban. Please. I don't deserve you. You deserve someone who better than me.

He always think that I'm the best. Aku ni ciri-ciri isteri yang dia nak. Aku terharu sangat-sangat. Aku banyak sakitkan hati dia. Kenapa dia baik sangat? Awak, I'm sorry. Hari tu dah nak berbaik. Tak kena time lah. Aku tengah moody time tuu. Memang tak lah kan. Once again. I'm sorry. Aku harap dia jumpa pengganti yang lebih baik dari aku . Thank you for your love and everything. I will keep it as a beautiful memory. I will miss you everyday :)

Tuesday, June 4, 2013

Cute Little Baby :D

12:07 PM 0 Comments
Hey world :D

Guess what? I want to share with all Melodies out there BTOB Baby / Childhood pictures :) Ooooohh. Can't wait anymore ? Here watch this mv first. Watch it properly especially at the end of the song :


Okay, there is some of their baby / childhood pictures right ? Can you recognize them ? Hahah. Okay good if you can identified them. Here are some of their other pictures :)


Okay, firstly I want to reveal my favourite one :) Sungjae


Sungjae


Sungjae


Sungjae

Kyeopta kyeopta kyeopta >.< omnomnom . Okay, now guess this cute little boy :


Hmmmm, who do you think ? hahaha. He is the only one Changseob :)



Changseob


Changseob


Okey, next is ?


Hmmmm, can you guys tell me who is that cute little boy ? Aaaaaahhhh. The only guys who have smiley eyes that make people melting . And he is ......


Hyunsik :D Aaaaahhhh. I'm melting with his eye smile . ahahaha XD


Hyunsik


Hyunsik


Aawwww. kyeopta :) Hmmm, okay now is Minhyuk. The most naughty one . hahaha. He stole many heart by his good looking. See that !


Eeeiiiiii, jangan buat muka macam tuu boleh tak ? Tumbuk kang hilang macho tuu.


Minhyuk


Minhyuk


Minhyuk


Aaaahhhh. ala tomey tomey budak kecik nii XD



Know this guy ? Yes, he is Peniel Shin :D


Peniel


Peniel


Peniel


Awww, soooo sexy. Peniel yaaah. Why you soo sexy ?


Now is leader's turn :) Eunkwang


Eunkwang


Eunkwang


Amboii. kecik-kecik dah menggatal XD

And lastly, our powerfull rapper, babyface looking and the cutest member Ilhoon. And he also the creator for Gwiyomi :D


Ilhoon


Ilhoon


Ilhoon


Hensem sem sem. Lah anak orang ni . Hmmmmmmm jom kita buat gwiyomi dengan Ilhoon

~ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi~


And lastly ......


Born To Beat become Baby To Beat. Ngeh ngeh :3

*Sorry guys for my broken english.
*That's all. Thank you for your time. 
*Winkwink

Sunday, June 2, 2013

Dia Bukan Milikkmu

6:33 PM 0 Comments

Assalamualaikum

Hmmmmmmmmm. Hmmmmmmmmmmmmm. Hmmmmmmmmmmmmmmmm. Hahah. Hari ni ramai kaum hawa yang sadis, heartbroken, yang kena heart attack pun ade kott. Kahkahkah. Tau kenapa? Sebab Izzue Islam yang tengah hot sekarang ni sudah jadi milik orang. XD Tepuk tangan. Yeayyy !

Actually aku dah tahu. Sebab one of my friend had told mee. I thought it just a rumours. Kalau dia nak kahwin pun what a problem. Dia baru kahwin 1. Ada 3 lagi tempat kosong. Wakakaka. Jk. Tak ramai yang berani kahwin muda sekarang kaannn? Tapi Izzue Islam tak. Tahniah Izzue Islam sebab berani galas tanggungjawab pada umur 24 tahun :)

Maybe this will be the sweet memory for both of them because today Izzue celebrate his 24th birthday. Saengil Chuka Hae Yo hyung :D Hmmmm, since my childhood I always dream to get married on my birthday. Hmmm hmmmm. hahaha. Sebuk jee Izzue Islam :P hahah. I'm sorry kayy.

Izzue Islam → Akad nikah → "Saya Izzue ... " → Tiba-tiba → Tiz Zaqyah datang → "Nanti! Sebenarnya dia suami saya" → Izzue terkejut → Pengsan


Ngeh ngeh :3 So, girls sudah tertulis itu jodoh mereka. Wat lek lah yee !


Selamat Pengantin Baru for both of you. Hope it will last forever till akhirawi :D I will always support you in industry brother :) Your happiness is our happiness also.

Thursday, May 30, 2013

Novel :D

6:10 PM 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dua bulan ni jeh aku dah baca 3 buah novel. Hok aloh tigo je puunnn. Eyh okeyy lewwtu. Ni antara novel yang aku baca. Hmmmmm.



Okey, dua2 novel ni memang meletop tip top top punya. Gegirls yang kaki buku tuh memang takkan terlepas dari baca dua2 novel tu. Kaaannn ? Hehe. Dua2 novel ni pun dah diadaptasi jadi drama kat Slot Akasia and Slot Zehra kat tv3 tuh. Hmmmm. Hmmm. Nak promote ni. Bacalah novel tuh yeee. Dari melepak dok buat benda tak de faedah kaann? 

Hahh, ni feberet aku ! Sangaat lah best. Weeeehuuuuu.  Mulamula dengar jeh kawan cakap novel nih best yang teramat. Hmmmmmmmm. Hari tu pegi Popular nak beli buku latihan and merangkap nak habiskan BR1M abang aku yg tak terpakai lagi tu. Deadline pun dah nak habis. Kita amek kesempatan lahh kaaann? kahkahkah XD Yg bagusnya novel ni, dia tak macam novel yg lain2. Aku fikir novel ni biasa2 jee kan? Tengok lah cover diaa tuu. Sekali baca Alhamdulillah. Aku tak dapat nak berhenti baca dah. Penulis novel ni ada masukkan ayat2 Quran and Hadis2 yg berkaitan. Hmmmmmm. tak sangka aku.  Nak sinopsis? nah baca kat sini The Wedding Breaker :D , Sebenarnya Saya Istei Dia ;) , Setia Hujung Nyawa :)

Tapi bilaa dah habis baca rasaa macam nak baca lagiii :( Seee, membaca buat aku ketagih ! hahaha. Tak salah kaann? Membaca kan menjana minda . wakakaka. 

So, kesimpulannya jomlah baca novel. Membaca Jambatan Ilmu ;)

Wednesday, May 29, 2013

Holiday ... ?

6:10 AM 0 Comments

Bismillahirahmanirahim .

Assalamualaikum pembuka bicara. Ececeh, bajet pidato pulee. ^.^ Okey, ehemehem. betulkan anak tekak :D Silent riders saya sihat? Terima kasih setia menunggu post terbaru dari saya. Hakk tuiih. Perasan bebeno lewls aku ni. XD Ada ehh? Mana le tahu ken?

Lama dah tak post pape kann? Busy? hmmmmmmmmmmmm. Langsung tidak. Hari tu rasa nak post tentang hari guru. tapi macam dah lapuk lah cita tu. Tahun depan je lah. Lagipun, hari guru tahun ni kelam gilaaa. Entah pape je tema diaa . Glam and Golden. Bajet blinkblink gitu laahh. Tapi simple je kot. Insyaallah tahun depan punya memang terbaik lah . Amin.

Cuti? Ekekeke. korang mesti excited terlebih-lebihkan? Macam aku, tak mengharap pun gi jalan-jalan sebab dah sebati dalam diri ni, asalkan cuti je mestit terperap dalam rumah. Kalau keluar pun hangout dengan kawan, balik kampung ..... #sadlife  Takpee. kan aku cakap dah sebati :D

Actually nya aku dah bercuti dengan family. Seminggu awal lagi tauu :P Kami pergi utara sana tu. Kedah. huhu. Sebenarnya ikut kan hati, memang tak lah aku naki ikut. Exam belum melabuhkan tirai lagi. Pergh pergh. Aku gi sana nak hantar abang aku yg gedik telampau lampaulah gedik nya tu . Tapi skarang aku rindu kegedikkan dia tu.Tsk.Tsk hahaha.

Alang2 nak ke Kedah singgah jap Penang. Jalan-jalan je kat situ. Ingatkan nak menginap kat sana, tapi memandangkan tempat belajar abg aku tu jauh lagi terpaksa lah kitorang batalkan hasrat dihati T_T Pulau Pinang, sememangnya negeri yg cantik :D Tak sangka weyh. Aku ingatkan Melaka negeri paling tercantik kat Malaysia ni. rupanya aku silap. Pulau Pinang jauh lebih cantik ! Bukan nak menganaktirikan Melaka. eyhh, tidok lee. Tapi Pulau Pinang cantik sangat. Dah macam kat Singapore dah aku tengok. Dengan bangunan apartment dia yg  mencakar langit tu tersusun je dkat kiri kanan jalan. Terpana aku tengok. Huhu. Orang2 Penang memang pandai jaga rumah dia. Biasa kalau apartment kan dah karatkarat and luntur colour diaa kan? Ni cantik jee. Kalah KL tauu !

#Cer tengok, dah macam kat Singapore kan?

Dekat Penang, ayah aku call kawan diaa, katanya kawan dia tuu memang selalu lepak kat Penang ni. So, tempat-tempat menarik kat Penang tanya je diaa. Ayah aku tanya diaa tentang restoran paling sodap kat situ, kawan ayah aku tu cakap Nasi Kandar Line Clear ngan Kampung Melayu. Tu memang tip top punya nasi kandar lah kt situ. So, kitorang pun menuju ke Line Clear dulu sebab tu paling dekat masa tu. Tu breakfast kitorang lah agaknya , sebab time tu baru pukul 9 lebih. pagi yee. hahah. nampak tak kitorang excited ? 

#Hahh ni lah rupenya gerai diaa.

Hmmmmmmmmm. Agak messy kan? Sangaaaaaaaaat weyh ! korang tau apa aku jumpa kat belakang kedai ni? Tikus sebesar alam weyh ! Lagi besar dari kaki aku. huhh.

lebih kurang macam ni hahh tikus yg aku jumpaa. tikus mondok kutt?

Ishh, tak selera kitorang. Dah lah bukak lagu tamil. Aku musykil jugak, betul ke diorang ni Mamak? hmmmmmmmmm. entah lewl. tak tahu dehh. Last2 kitorang breakfast kat sebelah kedai tu. Sejuk telinga aku dengar. Diaa pasang surah Sajaddah. Ya Allah, selera aku naik balik bila diaa pasang alunan2 ayat2 Quran :D

Bilaa perut dah diisi kitorang pun menuju ke Nasi Kandar Kampung Melayu. Yelah. Alang2 dah ke Penag rugi kott tak makan Nasi Kandar dia. Lagi lagi kedai yg tiptop tu! 

Agak kabut jugak lah kitorang time tu. Nasib lah ada pasang GPS. kalau tak memang dah sesat aku kat sana. Kedai makan diaa tersorok sikit. Macam kat kawasan perumahan pun ada gak. Bilaa sampai jee. Pergh pergh. orang dah beratur panjang yee. Time tu baru pukul 11 pagi kot. Yelaaa. diorang lunch awal kott? ahahaha XD Ayah aku je yg pergi beli. Bungkus jee. Malas ahh nak sesaksesak kat situ. 

Memang kenyang gilaa eh, Alhamdulillah. Ayam diaa, pergh lagi besar dari penumbuk aku. Sotong dia pun agak besar jugak lah.

Lapar aku tengok gambar tu :( Lepas situ je kitorang straight pergi Kedah. Jenjalan kat Alor Setar. Mata aku tajam bilaa nampak Pekan Rabu. ohhh ohhh, Kem KRS tahun lepas. Kenangan terindah kat Pekan Rabu. ahakss. Tempat tu bosan senanya. Disebabkan memori, aku senyum senyum je masa jenjalan kat dalam Pekan Rabu tu. hehe




Takde apa pun yg menarik dalam tuu. Naik turun tangga lepas tu jumpa benda yg sama jek. Kalau baju2 raya memang banyak lahh kat situ. Ehem ehem. memang tu lah yg aku cari kat situ. hahah. Dah penat shopping kitorang pegi check in kat Hotel Royale


Cantik jugak lah hotel tu. Katanya pemilik hotel tu anak kepada PM kita yg pertama. Tun Abdul Rahman. Memang banyak la gambar PM kita tuu tergantung sini sana kt lobby hotel tu.

Usai solat, kitorang pegi Padang Besar. Ibu nak shopping lagi. Ohhh ibu. Kepala kita sememangnya samaa. hahaha. Agak jauh jugak nak gi situ. Satu jam jugak lah nak sampai sana. 



Padang Besar ni lebih kurang macam kt Pekan Rabu jee. Banyak baju baju. Kalau kat Melaka macam JuscoBaru ngan MP tu lahh. Aku bab2 shopping ni tak lah kemaruk mana, bilaa orang nak belanja, kita pun laju je capai apa yg bekenan dihati. hahaha XD Ni aku nak habaq kt hampa semua, sapa2 yg minat bola tu, meyh la datang padang besar ni hahh. Banyak jersi2 bola dijual. Semuanya RM10 saja. mana nak jumpa kat tmpat lain. Ori tak Ori lain cite derr ! XD

Lepas penat shopping terus balik ke hotel. Penat tak penat aku tido terus bila dah sampai hotel. pergh pergh. tido dengan hati berbunga :D Esok tu kitorang straight pergi kampus abang aku. Dekat Kuala Nerang. Tak jauh pun. Lebih kurang sejam jugak lah dari Alor Setar.


Hmmmmmmmmm. Kat sana banyak lelaki je. Toleh kiri lelaki kanan pun lelaki, haiyoo mana deyhh perempuan? Aku bukan biasa sangat bilaa dekat2 ngan lelaki ni. Tetiba aku terasa. takde lah pendek mana kan aku ni? haha. Nak dibandingkan akak2 kat situ. Lebih kurang je tinggi. Bersemangat aku bilaa jumpa orang setaraf aku XD Dunia ni kecik jee. tak sangka boleh jumpa Cikgu Aziz kat situ. Dah masuk 3 bulan dia pindah ke MOZAC. uhuk uhuk. Rindu nya aku nak tatap muka dia yg hensem tu ! haha. yelah penah jadi pujaan budak sharodz.. Dia hantar anak diaa jugak. Ohhmyyy, bapa borek anak rintik ! Sama hensemm wooo. hahaha. tapi tak bekenan deyh. orang kata hensem2 ni orang dah cop. Malas lah. huhhh.

Lepas tu, aku terus balik. pergh pergh. rindu abangku yang gedik tu . sobs sobs. Rindu nak tengok running man dengan dia sampai pepagi butaa. ketawa mengekek dengan diaa. Hmmmmmmmmmmm, sape nak ajar aku addmath lepas ni? Ikraammmmmm ! balik lah cepat, terkontang kanting addmath aku derr! tak sabar nak tunggu diaa balik raya :'(

*Alhamdulillah, berjaya jugak aku post hari ni
*Jam lappy ni menunjukkan pukul 6.10 pagi
*Solat Subuh duluuu
*Till there.. Tata ~



Follow Us @soratemplates